Monday, January 24, 2011

Assalamualaikum semua aku nak share skit pasal panduan ketika berkenalan dlm internet...jgn igt smue orang yang kita kenal dlm internet 2 smua yg baik yg nak cari kenalan baru je...ade yg just nak korek rahsia,melakukan jenayah...slalunye para wanita lah kebykkan yg tertipu dgn kenalan dr internet ni so hati2 la ek...ok jom bace list2 yg aku sediakan ni

1)Hati-hati dan bataskan
maklumat untuk dikongsi.
..yelah sukar utk kita menilai keikhlasan dan
hati budi rakan yang baru
dikenali di internet. Jadi bagi
mengelak menjadi mangsa,
eloklah berhati-hati dan jangan
kongsi semua maklumat diri...dlm dunia siber ni jgn percaye 100% ok!!
2)Jangan beri kepercayaan
penuh.
Ini yang paling penting coz dalam dunia
siber, ramai cenderung menipu dr berkata benar so kita perlu selalu berhati-hati
dalam menerima maklumat n
lebih-lebih lagi daripada mereka
yang menjadikan internet
sebagai alternatif mencari
jodoh.
..msk internet nak cr jodoh perhhhh mmg ade yg btl2 kot tp xsemua la tapi bg aku lah rasa nak tergelak plak yelah kdg2 rase kelakar je... Hai awak ade gf/bf belum? bg no tepun blh?
Hahahahaha klaka plak.....
3)Usah sandarkan harapan
tinggi.
Selalunya, dalam hubungan
maya, ramai cenderung
menampilkan diri mereka insan
terhebat. Bagi golongan mudah
terpedaya, mereka mula
menaruh harapan tinggi seperti
biarlah si dia kacak atau
berkedudukan...tapi
ramai yang hampa apabila
bertemu kali pertama di alam
nyata...JUST BE URSELF OK :)
4)Jaga etika berbahasa :-
Biarpun di internet budi
bahasa perlu dijaga. Hormati
orang lain dengan tidak
berbincang isu yang sensitif
atau tidak disenangi teman
maya. Selain itu, kita harus
mengelak membincangkan isu
berbaur negatif yang boleh
mencetus pergaduhan. Jika
terasa individu yang dilayan di
talian mencurigakan, abaikan
saja makin dilayan makin menjadi2 kui3x
5)Berhati-hati apabila memuat
turun foto :-
Banyak yang kita peroleh
daripada kes pencerobohan
laman web termasuk yang
membabitkan penyebaran
gambar orang lain..so berhati-hatilah la ek terutama kaum wanita

P/s :- kpd c dia kalau blh jgn up pic byk2 ok :) .....ohya kalau blh korang privatekan pic korang alah letak satu je pic dah cukup btl x tp jgn ltk pic org len plak xbaik menipu hahaha

Thursday, January 20, 2011

Assalamualaikum semua en3 aku kali ni tentang PEROGOL SIBER mesti korang pelik kan mcmne lak nak rogol kalu dlm dunia siber...Ia bukan perkara baru namun ia
juga tidak pernah selesai. aku just nak bincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.Malah, ia menjadi tempat baru untuk perogol yang mencari
mangsanya dengan lebih tersusun dan kurang berisiko.Perogol skrg dah moden beb bukan je melepak di
tepi jalan dan menunggu mangsa je tp dah bertukar menjadi jenayah tersusun apabila perogol2 mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa. Gejala ni dah lame berleluasa sehingga skrg dgn perkembangan Internet yang
berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka. Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka. Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk
mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi. perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa. kebanyakan kes risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran. Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah. Kalu wanita dewasa mungkin blh membezakan antara palsu dan
benar juga boleh tertipu,ni plak kanak2 or remaja So utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun. Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

P/s : kepada yg ade adk or anak2 remaja 2 cpt2 bgtau diaorang pasal hal ni...bertindak sebelum terlambat...selamatkan anak bangsa kita !!

Wednesday, January 19, 2011



Oitt oittt orang kampung jom r join JOM GEGAR BLOG hehe nak join click link kat atas 2 ye sonang je xyah malu2 or segan...choww

Assalamualaikum semua en3 petang ni berkenaan pandangan perempuan(pendapat je k) terhadap lelaki x encem n lelaki ensem...emm wahai lelaki korang tergolong dalam kategory yg mana? Ensem or X? Biar xensem asal baik ati, bia xensem asalkan jujur, ensem saje xgune gak kalu yg len hancurr waaa start mengarut dah aku neh ok2 jom usha2 hehe

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap :- woow,
cool giler...
Kalau lelaki tak handsome
pendiam
Perempuan akan cakap :- eh
perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat
jahat
Perempuan akan kata :- nobody's
perfect
Kalau lelaki tak handsome
berbuat jahat
perempuan akan cakap :-
memang.... muka pun macam
pecah rumah!

Kalau lelaki handsome
menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap :-
wah.. machonya.. macam hero
filem!
Kalau lelaki tak handsome
menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata :- entah2
kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata :- sepadan
sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata :- mesti
kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal
kekasih
perempuan akan kata :- jangan
sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome
ditinggal kekasih
perempuan akan kata :-
(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah,
patutlah, tengok saja
luarannya)...

Kalau lelaki handsome
penyayang binatang
perempuan akan cakap :
-
perasaannya halus...penuh kasih
sayang
Kalau lelaki tak handsome
penyayang binatang
perempuan akan cakap :- sesama
keluarga memang harus
menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa
BMW
perempuan akan cakap :
-
matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa
BMW
perempuan akan cakap :- bang,
bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau
bergambar
perempuan akan cakap :- pasti
takut kalau2 gambarnya
tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak
mau bergambar
perempuan akan kata :- tak
sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang
air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap :- ini
barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome
menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap :- naluri
pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih
hati
perempuan akan cakap :- let me
be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome
bersedih hati
perempuan akan kata :- kuat
nangis!! lelaki ke bukan ni?

P/s :- wa xensem waaaaaaaaaaa

Tuesday, January 18, 2011





PENDAPAT
Bg aku lah wanita,remaja zaman sekarang kebykkan(bukan semua k) de yg terpesong dari ajaran agama n landasan yg betul yelah cube tgk skrg mcm2 trend dr barat yg diaorg ikut terbelah sana sni mcm xcukup kain daaa singkat plak 2 tunjuk pusat la konon bg nmpk seksi isy2(jgn mrh t cepat tua) , tebuk lubang sana sni hadoii xsakit ke ek?

PILIHAN
Ofcoz r MAK aku sapa lg ork coz dia yg byk membentuk aku dr kecil dgn pnh kasih syg hehe xlupe gak ayah(tabik) de se ag dak noty neh c dakmucuk cukup2 sempurna dimata aku

CONTOHI
Sape ek jap2 hah Ct nurhaliza kot coz aku tgk dari semua segi perfect la jugak so contohilah beliau n jgn lupe contohi MAK korang sendiri 2 yg plg penting

NASIHAT
Kalu blh igtlah kita ni org melayu yg ade adat resam jgn biarkan barat menguasi diri dan kehidupan kita

p/s : pendapat je k jgn marah keh3x

Saturday, January 15, 2011

Hari ni mendung je ork sejuk sey adehh....emmm nak jiwang2 skit sblm g tgk cinema hahaha....trimelah persembahan dariku chewah......


Aku menerima apa
adanya kau
di sisi..
Bagiku kau sudah
cukup
hebat...andai ada kurangnya,
kau tetap paling hebat ntuk ku...
Sayang,
Dari dulu sehingga kini...kau
satu2nya yang paling aku
kasihi..
Andaitangan ku ini ingin kau
lepaskan,
tiada berertilah hidup ku nanti...
Pintaku hanya satu,
jangan tinggalkan aku...kerna
aku tak mungkin dapat idup
tanpa dirimu..
Kasih,
Percaya padaku...takkan ada
insan lain selain diri mu..
i love u .......
Akan kutunggumu biar seribu
tahun lamanya dengan harapan
kau akan membawaku terbang
ke destinasi cinta abadi milik
kita berdua.
Kehadiran cintamu menyinari
hidupku, kehangatan cintamu
menyuntik rasa penuh makna
kerana hanya kau kekasih ku.
Di kala diri dihanyut gelombang
asmara, aku menggapai tangan
mu lalu ku genggam erat. Kuasa
cinta kian dirasa, kau pimpin aku
ke alam baru penuh pesona
penuh keindahan. Inilah cinta …
cinta ini persis bunga kian
menerbitkan kelopak-kelopak
indah dan mewangi harum.

Kui3x amacam ok x?hahaha....cukupla utk hr ni...de hal skit ptg nnt...

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa?
Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak.
Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, “Ala, lelaki…Tunjuk macho la tu…” Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye. Kan
kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Selain daripada itu, lelaki ni suke perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…” Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji.Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. …Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza.Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la.… Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu
semua hilang.kah3x poyo je kan bkn wa tp lu yg gah bc en3 ni...peaceeeeee :-)

Monday, January 10, 2011

Ibu,mak,mama 2 panggilan yang biase kite dengar or kite paggilkan???so hari ni aku nak wat en3 pasal ibu hehe mak ooo mak ibu ooo ibu mama oo mama terimalah en3 ku ni utk dirimu yang begitu special buat diriku hehe :)


Musim
berganti
menggamit
memori,
Terimbau kenangan mengusik
hati,
Tanpa ku sedari,
Air mata membasahi pipi,
Rindu datang di sudut
hati,
Kepada seorang insan yang
amat berbudi,
Mengajarku mengenal erti,
Sebuah kehidupan hakiki.
Ibu,
Biarpun ranjau berduri terpaksa
kau tempuhi,
Dalam membesarkan anakmu
ini,
Pengorbananmu tetap teguh
di hati.
Ibu,
Betapa aku terlalu
menyayangimu,
Engkaulah ratu di sanubariku,
Engkaulah cahaya yang
menerangi,
Di kala aku diselubungi gelita,
Engkaulah pelita yang
membakar semangatku,
Tatkala aku hampir rebah diuji.
Yang Esa,
Ibu,
Ampunilah segala dosa-dosaku
terhadapmu,
Iringilah langkah hidupku,
Dengan doa tulus suci darimu.
Ibu,
Engkaulah ratu di hatiku,
Dulu,
Kini,
Hingga akhirnya......
*Ibuku Permata Hatiku

Thursday, January 6, 2011


ASSALAMUALAIKUM SEMUA meh la join segmen bro ben ni utk perkenalkan diri korang pada blogger len hehe...

slamat dtg ke blog buruk ni... blog ni bese2 je tp sungguh bermakne buat KyLe n salam kenal yerr...pggl KyLe jah cukup hehe...usia blog ni baru je cecah setahun tp baru gak aktif selepas beberape bln menghilangkan dr now i'm back :) blog ni just tempat KyLe luahkan pe yg terpendam n xde kene mengene dgn yg hidup atau yg dah xada......mak aiii ringkas je ek hehe pe2pun SALAM KENAL BUAT SEMUAAA!!!

Meh ikuti cete pakdi dengan manager bank...begini cetenye......

Ada
seorang
pakcik yang
bernama PakDI yang
sangat kaya.Setiap hari
beliau akan menyimpan
RM1000 di bank. Setiap hari
tepat pukul 9 pagi PakDI
dah pun bersiap sedia
terpacak di kaunter bank
untuk menyimpan
RM1000nya. Setelah lebih
kurang setahun berlalu,
kehadirannya setiap hari
disedari oleh Manager Bank.
Menager Bank itu pun
memanggilnya ke office dan
bertanya...

Manager : Setiap
hari saya lihat pak cik akan
menyimpan RM1000 di
bank. Apa kerja pak cik?

Pak
DI : Saya ni sebenarnya tak
de kerja encik. Cuma saya
suka bertaruh. Setiap hari
saya akan bertaruh dan saya
tak pernah kalah.

Manager :
Ooo... ini sudah cukup
bagus. Tapi pak cik mungkin
belum bertemu dengan
orang yang teror macam
saya ni. Kalau pak cik
bertaruh dengan saya
jangan haraplah nak
menang.

PakDI : Iye ke?
Kalau macam tu jom kita
bertaruh.

Manager : Okay.
Sebutkan apa saja pak cik
nak bertaruh dengan saya.

PakDI : Macam ni... dalam
tempoh 7 hari dari sekarang
encik akan kehilangan bulu
ketiak encik. Kalau betul
encik akan hilang RM1000,
kalautak saya akan bayar
encik RM1000.

Manager :
Hahaha.. tak logiklah pak
cik. Tapi tak pe... saya
setuju. Setelah kedua-
duanya setuju mereka pun
beredar. Besoknya bila
bangun pagi Manager tu
pun meraba ketiaknya.. ooh
masih ada bulu. Begitulah
seterusnya hinggalah
sampai ke hari yang ketujuh
dia dapati bulu ketiaknya
masih lagi ada.. Dengan
suka hatinya Manager
tersebut pun pergilah
berjumpa dengan Pakdi
dengan bulu ketiaknya yang
harum dek kerana telah di
sapunya dengan sebotol
deoderant.

Manager : Pak
cik sorrylah ye! .. bulu ketiak
saya masih lagi ada..

Pak
DI : Betul ke? Aku tak
percaya... Mari sini aku cek...
Lalu dipegangnya ketiak
Manager tu. Sambil
tersenyum PakDI pun
berkata..

PakDI : Okaylah..
Betul kata kau. Nah ambil
RM1000 ni.. PakDI pun
menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak
cik tahu siapa yang teror...
Sorrylah pak cik hari ni pak
cik tak dapat pergi bank lagi
keh.. keh.. keh... Tiba-tiba
PakDi mengeluarkan
RM4000 dan pergi ke
kaunter bank. Manager
tersebut rasa hairan lalu
bertanya pada PakDI..

Manager : mana pak cik
dapat duit sebanyak tu?

Pak
DI : Pak cik bertaruh dengan
kawan pak cik Guard kat
luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak
DI : Bertaruh yang pak cik
dapat pegang bulu ketiak
Manager Bank..

p/s: Berjudi
itu haram di sisi agama....pe punya orang daa de jugak yang macam 2 hahaha

Wednesday, January 5, 2011

Kehkeh meh tgk ade x diantara kawan2 korang or org yang korang kenal tergolong dlm golongan tersebut hehe jangan plak yang ade terase ek
Orang jenis xtahu malu ni sebenarnya ramai kat muka bumi ni cuma korang je yang x amik tau...hah kat sni aku nak listkan beberape contoh orang mcm ni kat sekeliling kita



KORANG SEDANG MAKAN TIBE2 DIA DATANG MAKAN SEKALI APA YANG KORANG MAKAN - (erkkkk)

KORANG NAK KUAR JALAN2 DIA PUN IKUT WALAUPUN X DIPELAWA PUN - (mmg xtau malu tol kehkeh)

DUDUK KAT RUMAH KORANG TAPI SEMUA KORANG YG TANGGUNG - (kalu tumpang duduk sehari dua xpe lg tp kalu dah sebulan adehh)

BARANG KORANG DIA PAKAI MACAM ABAH DIA YG PUNYA - (pantang tol kalu org mcm ni skali - skale xpela lg)

TUMPANG KERETE KORANG TAPI BUAT KORANG MACAM DREBAR - (dah lah tumpang pas2 g duk blakang haha pas2 siap suh anta tempat yg dia nak pg)

WALAU X DIUNDANG TETAPI TETAP DATANG KENDURI - (hahaha memang muke xtau malu isy2 xtebal ke muke 2)

AWEK KORANG DIA KATA AWEK DIA DIDEPAN KAWAN2 KORANG - (ni kalu member aqu wat mcm ni de kene sekeh pale hehe suka2 ati die je)

Hahahaha de x dari senarai diatas yg korang pnh alami or kalu nak tambah sila2kan

Seorang bapa pulang ke rumah
dalam keadaan letih disambut
oleh anak lelakinya yang berusia
tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Amin tanya
satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah
sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat
apa nak sibuk tanya?”
“Amin saja nak tahu ayah.
Tolonglah bagi tahu berapa ayah
dapat sejam bekerja di
pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil
tunduk menekur lantai.
Kemudian memandang wajah
ayahnya semula sambil
bertanya, “Ayah….boleh tak
Amin pinjam sepuluh ringgit
daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan
berkata, “Oh, itu ke sebabnya
kamu tanya pasal pendapatan
ayah? Kamu nak buat apa
sampai mintak sepuluh ringgit?
Nak beli barang mainan lagi?
Jangan nak membazir. Ayah
kerja penat-penat bukan untuk
buang duit sebarangan.
Sekarang pergi balik ke bilik dan
tidur, dah lewat dah ni…”
Kanak-kanak tujuh tahun itu
terdiam dan perlahan-lahan
melangkah kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di atas sofa dan
mula memikirkan mengapa
anaknya yang kecil itu
memerlukan duit sebanyak itu.
Kira-kira dua jam kemudian si
ayah kembali tenang dan terfikir
kemungkinan anaknya benar-
benar memerlukan duit untuk
keperluan di sekolahnya kerana
anaknya tidak pernah meminta
wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si
ayah melangkah menuju bilik
anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum
tidur. “Kalau kamu betul-betul
perlu duit, nah ambillah sepuluh
ringgit ini,” kata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun
dan tersenyum girang. “Terima
kasih banyak ayah,” katanya
begitu gembira. Kemudian dia
tercari-cari sesuatu di bawah
bantalnya dan mengeluarkan
sekeping not sepuluh ringgit
yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah
kembali berang. “Kenapa kamu
mintak duit lagi sedangkan
kamu dah ada duit sebanyak
itu? Dari mana kamu dapat duit
di bawah bantal tu?” Jerkah si
ayah.
Si anak tunduk tidak berani
merenung wajah ayahnya.
“Duit ini Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ayah beri
setiap hari. Amin minta lagi 10
ringgit sebab duit yang Amin
ada sekarang tak cukup,”
jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?”
soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Amin sudah
ada 20 ringgit. Ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari
masa ayah. Amin nak makan
malam bersama ayah,” jawab
si anak tanpa berani
memandang wajah ayahnya.
Baru si ayah benar-benar faham
maksud anaknya itu….

P/s : akibat terlampau sibuk anak2 kat umah pun terlupe adehh mcm2 skrg ni
(25) (23) (22) (21) (12) (10) (5) (5) (5) (4) (4) (3) (3) (3) (2) (1) (1) (1) (1)
© nOWArZ.CoM All rights reserved | Theme Designed by KyLeRiL