Monday, September 30, 2013

Den listkan beberapa Tips Dibawah Yang Boleh Membantu Kottt Pada Mane2 Yang Rase Tertekan

Tidur yang mencukupi :-Tidur yang mencukupi dapat merehatkan badan serta otak. Kajian menunjukkan, seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadarnya yang biasa akan mengalami tekanan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikan diri anda mudah dijangkiti kuman.

Berwuduk (bagi yang beragama Islam) :- Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri dengan mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Secara psikologi ia membantu memberikan kita pemikiran yang lebih positif. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar lebih tenang semasa sesi ulang kaji.

Lakukan kegiatan luar seperti  bersukan:- Badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Justeru, segala tekanan sewaktu bekerja sekurang-kurangnya dapat dilepaskan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


Amalkan diet:-Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet. Pemakanan yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Menangis sepuas hati:- Tekanan yang dihadapi dapat diredakan melalui luahan hati. Biasakan dengan menzahirkan masalah anda di atas kertas atau meluahkannya kepada rakan karib anda. Jika anda mahu menangis, lakukan sahaja. Menangislah sepuas-puasnya tapi anda perlu tahu bila masa terbaik untuk berhenti.

Tingkat keyakinan diri:- Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh biarpun ia susah.Kita perlu positif dengan setiap arahan dan perubahan agar ia tidak memberikan impak negatif pada emosi kita. Apa yang penting kita mesti menghargai kebolehan diri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri:- Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain'. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding mencintai diri orang lain. Dari situ barulah kita akan lebih menghargai diri sendiri dan mahu mencapai yang terbaik demi masa depan kita.

Tarik nafas dalam-dalam:- Bila anda tiba-tiba rasa mahu marah atau diserang panik, tarik nafas dalam-dalam.Lakukannya beberapa kali. Apabila anda menyalurkan oksigen yang mencukupi ke otak, ia akan membantu anda berfikir dengan lebih wajar.


p/s :- xde manusia yg sempurna didunia ni ...setiap org pasti ade tekanan samada kerja or dlm kehidupan seharian btl x so den listkan diatas agar sedikit sebyk dpt membantu korang n diri den sndr dlm menghadapi tekanan :-)

Sunday, September 29, 2013


Emm betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih
mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita…Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik
dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan...


p/s :- Pastikan sebelum memimpin
wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Friday, September 27, 2013


en3 DEN kali neh berkenaan dgn etika ketika nak mengkritik xkisah la kritik pe pun...ok2 contoh dlm dunia blog dah jadi asam garam setiap blogger pasti pernah kene kritik or terkritik orang len tol x eleh jgn xngaku la den tahu hahaha tapi betul ke care korang kritik 2???xterasa ke ati orang 2 bila korang pergi serang orang 2 tanpa memikirkan hati diaorg...jika korang berasa kurang senang terhadap seseorang n ingin memberitahunya, elakkan dari bersikap melulu/terburu-buru n jgn gelojoh sgt...kenali dahulu etika mengkritik agar kritikan itu dapat diterima secara positif. Kata orang, nak komen pun biar kena caranya jgn hentam trus barulah orang tak sakit hati.K kat sni den de senaraikan 5 etika so jom kita layan.....


1.Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan korang akan memalukan dirinya n dianggap tidak profesional,malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.so berhati-hati la ek t xpasal2 korang plak dikritik haha

2.Cuba mulakan teguran korang dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu bg hati diaorg rase tenang dlu n pas2 barulah start kritik

3.Ciptakan suasana ‘bersahabat’ sebelum anda memulakan 'serangan' alah wat mcm kwn2 dlu pas2 tegor la pe yg korang rasa xpuas ati 2 tp jgn la lbh2 ek...

4.Nak kritik itu biarlah pada tindakan/perbuatan/perangai diaorg tapi bukan pada orangnya OK!!!!


5.Kena Ikhlas ketika mengkritik tau bukan sbb untuk menunjukkan
kuasa atau siapa lebih pandai beselah manusia mana de yg sempurna kan


P/s : nak kritik 2 blh tapi biarlah dgn care yg betul n setiap org pasti de kelemahan yg kita sendiri xnmpk melainkan org len yg tego tentang kelemahan kita kui3x

Thursday, September 26, 2013

LELAKI, LELAKI N LELAKI itulah lelaki so meh bc skit en3 den tentang LELAKI.... den senaraikan 3 rahsia lelaki yg patut(patut ke??)kaum wanita tau...

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan perhubungannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk siapkan kerja tersebut.


Kalau ada masalah besar yang sedang sahabatnya hadapi dan dia bantu berfikir untuk selesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantic.


Wanita pulak berbeza. Sekali dah terima seorang lelaki dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!


Dua perkara ni wanita rasa susah nak pisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada didepan mata. Masa kerja, tengah ‘meeting’..senang cakap selagi tak tidur!


2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak jer, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tau ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.


Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.


3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang dari kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang di usahakannya, bukan saja dari perhubungannya dengan anda.

Katalah dia buat sesuatu kerja kat pejabat tak siap lagi, atau apa jer dia tengah usahakan tak jadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega dan perasaan ini secara tak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.


Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia macam tak romantik, macam tak sayangkan anda atau rasa macam dia tak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.


p/s :- Perlu anda faham, tak perlu mendapatkan cinta si dia dengan mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda di atas siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!

Wednesday, September 25, 2013


Dalam entry ni wa nak bebel skit psl kebahagiaan yg ade dikalangan korang tp bkn wa ok hahaha...ok2 yg pertama skali adalah keseronokan fizikal,memiliki perkara-perkara yang ketara adalah tentang mendapat kepuasan fizikal melalui memenuhi lima deria. Ini tahap kebahagiaan yang baik. Tanpa menjaga keperluan fizikal kita, kita akan mati. Tetapi manusia boleh membuat kesilapan krn  memilih matlamat . Kita boleh percaya gak bahawa keseronokan fizikal dan memiliki perkara-perkara penting adalah perkara yang paling penting tentang kehidupan, dan apa yang membuatkan hidup kite bernilai tp kita cepat menjadi bosan. Kita akn hilang rasa harga diri. Kita berasa seperti kita hidup di bawah diri kita sendiri. kite tidak gembira malah percaya bahawa penderitaan adalah sia-sia.... ok yg kedua
adalah EGO Ini adalah jenis kebahagiaan yang tidak datang hanya dari perasaan yang baik , tetapi dari perasaan yang baik mengenai diri kita sendiri. Kami mendapat rangsangan ego apabila kita berjaya , kuat, dalam kawalan, dikagumi, popular, atau apabila kita memenangi pertandingan.ego ego ego haih...yg ketiga adalah sumbangan kepada orang lain. Ini adalah kebahagiaan yang datang daripada membuat perubahan kepada orang lain. Ia adalah kegembiraan yang kita dapat daripada melakukan apa yang betul dan baik. Kami gembira apabila kita tahu kita telah jujur ??, adil, penyayang, penyayang , belas kasihan , sabar, merendah diri, dan baik. Kita tahu bahawa kita telah membantu untuk menjadikan dunia yang lebih baik untuk orang lain

p/s :- Seorang manusia adalah makhluk fizikal dan rohani , yang dicipta oleh Tuhan, yang matlamat akhir adalah untuk mencari kebahagiaan dengan menerima cinta sempurna tanpa syarat Tuhan untuk selama-lamanya , dan dengan memberikan diri kita dari cinta kepada orang lain (walaupun ini memerlukan menderita ).

Monday, September 23, 2013


Adakah anda pernah berasa seperti beberapa hari berlarutan lebih lama daripada orang lain? Perasaan yang mungkin psikologi, tetapi panjang hari sebenar benar-benar tidak berubah-ubah - dengan sebahagian kecil daripada milisaat.

Panjang sehari, yang diukur dengan masa yang diambil Bumi berputar sekali pada paksinya, boleh diukur kepada ketepatan kira-kira 10 mikrosaat , atau 10 sepersejuta saat. Kadar putaran bumi bergantung kepada pengagihan jisim di seluruh permukaannya. Ini termasuk pengagregatan roiling gas yang terdiri daripada atmosfera, bumi pepejal sendiri, teras cecair , dan lautan sloshing . Sebagai contoh, apabila gempa bumi yang besar perubahan jisim planet , ia boleh memperlahankan atau mempercepatkan hari sebanyak sebagai thousandths beberapa saat.

Malah, gempa bumi Indonesia Sumatera pada Disember 2004 yang melahirkan tsunami maut berpindah air sehingga ia sedikit berubah bentuk planet kita dan dipercepatkan giliran dengan 2.68 mikrosaat , atau hampir tiga sepersejuta saat.

Perubahan dalam kelajuan putaran , walaupun ia adalah minimum, telah diperhatikan selama berabad-abad . Pada 1695 astronomi Bahasa Inggeris Sir Edmund Halley (yang juga ditemui komet berkala eponim ) hipotesis bahawa bulan telah mempercepatkan dalam orbitnya. Pada hakikatnya , putaran bumi telah perlahan, membuat ia kelihatan bahawa bulan sedang mengumpul kelajuan.

Sejak itu, ahli-ahli sains telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengukur putaran planet kita, termasuk alat-alat astronomi seperti jam matahari serta satelit dan pemerhatian lunar. Dan hari ini ahli-ahli sains telah meletakkan beribu-ribu Sistem Kedudukan Global ( GPS) penerima di seluruh dunia yang boleh mengesan orientasi Bumi dalam tempoh beberapa milimeter , kata ahli geofizik Richard kasar Jet Propulsion Laboratory NASA (JPL) di Pasadena , California JPL menyimpan dalam -rumah pangkalan data putaran Bumi sejak tahun 1962.

Kasar mengatakan bahawa proses yang paling penting yang mempengaruhi panjang hari adalah perubahan cuaca , perubahan terutama luar biasa dalam kekuatan dan arah angin , yang membawa kepada perubahan dalam peredaran global atmosfera dan lautan. Khususnya, besar , arus angin altitud tinggi yang dikenali sebagai aliran jet , yang timbul daripada perbezaan suhu antara kawasan tropika panas dan latitud yang tinggi lebih sejuk , yang bertanggungjawab untuk memendekkan atau mempercepatkan hari.

Mungkin ia tidak menghairankan , maka, bahawa pemanasan global mungkin sebenarnya mempercepatkan hari, fakta yang dinyatakan oleh Panel Antara Kerajaan PBB mengenai Perubahan Iklim. Dalam satu kajian yang disiarkan dalam Surat Penyelidikan Geofizik pada tahun 2007 , para saintis di Max Planck Institute for Meteorologi di Hamburg , Jerman, dianggarkan pengagihan semula besar-besaran akibat daripada pemanasan lautan akan memendekkan hari dengan 120 mikrosaat , atau hampir satu persepuluh daripada milisaat , sejak dua abad seterusnya.

Perubahan - sama ada disebabkan oleh pemanasan global atau gempa bumi - kekal terlalu kecil untuk dikesan pasti pada masa itu, berkata kasar . Lagipun, terdapat 86,400 saat dalam sehari 24 jam dan berbilion-bilion mikrosaat. Walaupun dengan GPS, meramalkan perubahan dalam tempoh hari masih sukar seperti ramalan cuaca.

Pada April 17, 2008, sebagai contoh, hari ini berlangsung 1,1686 milisaat lebih lama daripada kebiasaan Menurut kasar , lebihan yang berbeza-beza : Hanya beberapa tahun yang lalu , hari kira-kira tiga milisaat lagi. Dan semua mereka milisaat menambah : Sepanjang tahun , saintis menganggarkan bahawa turun naik menambah kira-kira satu saat.

Tetapi jangan bimbang, ahli-ahli sains di atas fenomena ini. Institut Piawaian dan Teknologi di Boulder, Colo , kadang-kadang menambah "lompatan kedua" dengan jam atom yang digunakan untuk menyelaraskan masa. Kemas kini yang terakhir berlaku pada 1 Januari , 2006. Terdapat banyak masa untuk menyesuaikan kalendar anda: " Jika panjang melebihi hari terus menjadi kira-kira 1.2 milisaat , lompat lagi kedua tidak akan diperlukan untuk kira-kira tiga tahun,"

Dengan teknologi bukan saja dapat memudahkan kerja harian malah menjadi satu keperluan dalam hidup tapi dalam penggunaan teknologi ada jugak buruknye meh kita tgk baik dan buruknya

HANDPHONE -

Baik - memudahkan orang ramai berhubung dari jauh

Buruk - memudahkan orang ramai curang dengan pasangan dan memudahkan proses bercerai

LAMAN SOSIAL -

Baik - menyenangkan kita mendagat info terkini dan mencari kawan baru dan lama

Buruk - menyenangkan melihat gambar yang bukan2 dan mengumpat/mengutuk orang lain

RADIO DAN TV -

Baik - dapat info dan berhibur dengan rancangan yg disediakan n dpt mengurangkan tekanan dlm kehidupan

Buruk - terlampau byk disajikan dgn hiburan yg mengkhayalkan n melalaikan sehingga meruntuhkan akhlak

KENDERAAN -

Baik - melancarkan n mempercepatkan perjalanan n kerja harian

Buruk - byk jenayah dpt dilakukan n cepat menaikkan kadar kematian akibat memandu mcm pelesit

PERALATAN ELEKTRIK -

Baik - mempercepatkan kerja2 yg dilakukan

Buruk - membuatkan manusia makin malas semuanya pakai tekan je keh3x...

Sunday, September 22, 2013




* Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan rapi sebelum berucap. Sebaik mana pun berucap, anda perlu mengetahui dengan tepat apakah yang diucapkan. Ini penting supaya ucapan anda mencapai objektif dan tidak tersasar atau menyimpang.

* Anda juga perlu datang awal sebelum sesi ucapan anda, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum majlis bermula.

* Tarik nafas sekiranya rasa gugup kerana ia mampu membantu anda menenangkan diri.

* Pastikan anda sudah menguasai tajuk perbahasan dan sudah menghafal beberapa isi penting bagi mengelakkan anda terlupa.

* Perlu ada mukadimah yang sesuai yang tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Bergantung kepada masa yang diberikan. Mukadimah 15 peratus, isi 70 peratus dan penutup 15 peratus. Ini akan memudahkan pendengar untuk mengikuti perjalanan ucapan anda dari awal sehingga penutup

* Intonasi suara perlu diberi perhatian terutama untuk debat dan syarahan bagi menekankan isi penting. Jika anda ingin penonton memberi perhatian kepada isi yang disampaikan, perlu ada penekanan suara iaitu tinggi dan rendah.

* Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apakah keperluan mereka mendengar isi ucapan kita. Buat rujukan atau kaji selidik terhadap kelompok penonton atau pendengar yang akan mendengar ucapan kita.


* Buat latihan dengan menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di hadapan cermin. Pengucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks. Walau bagaimanapun, jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

* Fokus ucapan anda bukan pada kelemahan anda. Contohnya sekiranya anda mempunyai suara yang kuat yang boleh mengawal pendengar, gunakan sebagai kelebihan dalam ucapan anda.

* Ada juga pemidato yang menggunakan ciri-ciri fizikal yang ada pada mereka untuk menarik perhatian khalayak.

* Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif.

* Pastikan sebelum anda berucap emosi anda berada dalam keadaan positif.

* Pandangan pertama (first impression) penting untuk anda memulakan ucapan yang baik.

* Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan majlis dan mulakan dengan senyuman.

* Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup.

* Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda.

* Pandangan mata (eye-contact) juga penting dalam ucapan bagi memastikan pendengar berasakan anda bersama mereka sepanjang ucapan anda.

Friday, September 20, 2013

sapa2 rase nak cepat kaya cube la k,yelah nak harap duit dr nuff susah jugak kan len la kalau korang top top blogger duit pun masyukkk...dah puas join skim cepat kaya tapi masih belum kaya-kaya malah makin papa kedana?? Nak cepat kaya? Nak x? Ok2 cube care dibawah ni ok.....

SETIAP KALI KELUAR MAKAN DGN KAWAN2 JANGAN SESEKALI KORANG BAYAR,BUKAN KAWAN KORANG JE DENGAN KORANG PUNYA SENDIRI PUN JANGAN BAYAR - (perhh kalu dah hari2 xpyh byr save bajet 2 hahaha)

JIKA KORANG BUKAK KEDAI MAKAN...SETIAP KALI KORANG KIRA PASTIKAN HARGA BERBEZA-BEZA WALAUPUN BENDA YANG SAME - (rasa2nya kalu wat mcm ni agak2 tiap2 bulan tukar kereta keh3x mana x nya makanan yg same tp cas len2)

BUAT SEGALA MACAM JENIS KERJA DALAM SEHARI,NAK MAKAN PUN JANGAN BELI TAPI PERGI JE MANA2 KENDURI ATAU MAKAN FREE - (wat mcm ni tiap2 bulan2 mesti blh smpn punya duit korang haha)

MENGEMIS KAT BANK SATU HARI KALU DAPAT RM100 N KALU SEBULAN HAH X KE KAYA TOH...LUMAYAN 2 - (cubelah try kalu nak cari duit poket lebih hehe)

P/s : nak cari rezeki halal kat mane2 pun blh ye x? De x yg sanggup wat seperti diatas??? LUWAYANNNNN 2

Thursday, September 19, 2013

Zaman sekarang semuanya berkerja so payah nak bersua untuk menjemput sedara,jiran,rakan dan kenalan ke kenduri kahwin korang...kat bwh neh de cara yg rase2 blh pakai kot hahaha....cane ni otai je yg buat hahahaha
1) cetakkan risalah,flyer atau apa2 yg berkaitan dan edarkan dimana-mana kawasan tumpuan umum contoh kat supermarket

2) buka satu gerai atau booth dimana-mana karnival atau ekspo dan terangkan kepada pengunjung tujuan korang 2

3) gunakan pembesar suara yg terdapat dibalai raya,dewan,surau atau masjid utk bgtau semua org tentang kenduri korang

4) buatkan banner sebanyak mungkin n gantungkan pada tiang lampu atau tiang rumah...blh gak buatkan mcm kempen pilihan raya hehe

5) jika korang kaya dan ingin menjemput rmi org iklankan je pd akhbar,tv or radio or nak canggih lagi buatkan satu laman web khas utk kenduri korang 2

6) pernah tgk cara fun fair buat promosi x atau tauke paper lama?? Alah yang de lori bergerak dari umah ke umah 2 or yg jual tilam...tilam! Tilam! Tukar baru ganti lama hahaha yg mcm 2 lah...gune care 2 t konpom ramai yg dtg kenduri korang nnt hahahaha

P/s : cubelah ek mane tau nnt aku terperasan iklan kenduri korang nnt hahahaha kalah ct nurhaliza....

Tuesday, September 17, 2013

Dalam menempuh kehidupan yg semakin mencabar skrg ni kite perlu kuatkan semangat n bykkan berdoa agar kehidupan kite terjamin SO......
Janganlah terlalu bersedih kerana perjalanan hidup anda lebih sukar berbanding dengan orang lain.
Walaupun jalan yang kita tempuhi berbeza, namun destinasi akhir kita semua adalah sama kerana akhirnya kita semua akan menghadap Sang Pencipta .
Oleh itu teguhkan hati dan bersabarlah.
Kuatkan semangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.
Beranikanlah diri menghadapi hidup ini. Jangan berputus asa dengan rahmat yang Maha Esa.
Teruskan usaha untuk memperbaiki hidup ini dan jangan berhenti sehingga yang baik itu menjadi yang lebih baik..

(25) (23) (22) (21) (12) (10) (5) (5) (5) (4) (4) (3) (3) (3) (2) (1) (1) (1) (1)
© nOWArZ.CoM All rights reserved | Theme Designed by KyLeRiL